Garis masa Pemberontakan_Sa'dah

Pertempuran pertama

Dari bulan Jun hingga Ogos 2004, pasukan tentera kerajaan bertempur dengan penyokong al-Houthi di utara. Kira-kira 500 hingga 1000 terbunuh. Pada bulan September, pasukan Yaman berjaya membunuh al-Houthi. Sejak itu, pemberontakan diketuai oleh salah saudaranya, Abdul-Malik al-Houthi.[24] Ayahnya, Badr Eddin al-Houthi, mengambil alih kedudukan sebagai pemimpin kerohanian.

Petempuran Kedua

Antara Mac dan April 2005, sekitar 1,500 orang terbunuh dalam kebangkitan pertempuran antara pasukan pemerintah dan penyokong ulama .

Pada bulan Mei 2005, pemberontak menolak tawaran Grasi Presiden oleh Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh. Pada 21 Mei, kerajaan mengumumkan telah membunuh 552 orang , 2708 cedera, dan lebih dari Rp 270.000.000 rugi.

Pada bulan Mac 2006, kerajaan membebaskan 600 pejuang Syiah yang ditangkap. Tidak ada data yang berkaitan dengan korban pada tahun 2006, tetapi jumlah lebih rendah.

Pada, 23 Jun 2005, "komander pemberontak Abdullah al-Ruzami menyerah diri kepada pihak berkuasa Yaman.


Pertempuran Ketiga

Pertempuran berlaku pada 28 Januari 2007. Militan menyerang beberapa pejabat kerajaan, mengorbankan enam tentera dan mencederakan 20 lagi.

Pada 31 Januari , lebih enam tentera terbunuh dan 10 luka-luka. Sepuluh askar mati dan 20 luka-luka dalam serangan berhampiran sempadan Arab Saudi pada 1 Februari. Sumber kerajaan mendakwa tiga pejuang pemberontak tewas dalam operasi keselamatan selepas serangan 31 Januari.

Pada bulan Februari, kerajaan melancarkan serangan besar-besaran terhadap para pemberontak yang melibatkan 30.000 tentera. Pada 19 Februari hampir 200 anggota pasukan keselamatan dan lebih dari 100 pemberontak tewas dalam pertempuran itu. Lebih 160 pemberontak tewas dalam dua minggu seterusnya. Seorang mahasiswa Perancis juga tewas.

Perjanjian gencatan senjata telah dicapai pada 16 Jun 2007. Para pemimpin pemberontak bersetuju untuk meletakkan senjata dan pergi ke pengasingan di Qatar. Kerajaan Yaman pula bersetuju untuk membebaskan tahanan pemberontak, membantu membayar pembinaan semula dan membantu pelarian kembali ke rumah.

Pertempuran Keempat

Rujukan

WikiPedia: Pemberontakan_Sa'dah http://www.theage.com.au/news/World/Yemeni-militar... http://www.atimes.com/atimes/Middle_East/KK11Ak01.... http://news.blogs.cnn.com/2010/03/14/yemeni-govern... http://www.foxnews.com/printer_friendly_wires/2007... http://www.globalpolitician.com/22563-yemen http://www.presstv.com/detail.aspx?id=111852&secti... http://www.presstv.com/detail.aspx?id=114393&secti... http://weekly.ahram.org.eg/2005/743/re10.htm http://www.reliefweb.int/rw/rwb.nsf/db900sid/AHHD-... http://www.presstv.ir/detail.aspx?id=119254&sectio...